Malaysia Oversight

Fathul Bari terus pertingkat bantuan buat mangsa banjir

By Utusan in November 30, 2025 – Reading time 2 minute
Fathul Bari terus pertingkat bantuan buat mangsa banjir


KANGAR: Bahagian Kangar menerusi ketuanya, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya  terus mempertingkatkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini.

Terbaharu, sebanyak 400 set lampin dewasa bersama beberapa barangan keperluan lain seperti selimut, waterjet, tuala dan beberapa lagi disalurkan.

Fathul Bari berkata, gerak kerja untuk proses pembersihan di kawasan terjejas juga diatur

“Kita ada menerima permohonan melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) memohon bantuan pemulihan pasca banjir maka disebabkan itu program ini digerakkan.

“Malah, usaha bagi pengagihan bantuan juga masih berjalan sehingga kini bagi meringankan beban mangsa terlibat,” katanya selepas Program Penyerahan Pelancaran Jentera Pasca Banjir di Kompleks Pejabat Setiausaha Negeri, di sini, hari ini.

Fathul Bari berkata, pihaknya menerima sokongan dan kerjasama baik daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), , polis dan agensi berkaitan dalam menggerakkan agihan bantuan itu.

Katanya, rakan-rakan sukarelawan seperti Ahli Jawatankuasa (AJK), Pemuda, Puteri dan pertubuhan bukan (NGO) Kasih, Myvo serta Anak Jati Perlis turut membantu bagi meringankan bebanan mangsa terlibat.

“Sudah tentu kita tak dapat memenuhi semua permintaan, namun mana yang mampu kita akan keluarkan untuk disalurkan pada mereka memerlukan,” katanya.-UTUSAN





Source link