Malaysia Oversight

FAM kenal pasti kesilapan teknikal proses serah dokumen

By MkiniBM in September 28, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan pihaknya akan menunggu keputusan penghakiman penuh daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) sebelum mengemukakan rayuan.

Setiausaha Agungnya, Noor Azman Rahman berkata rayuan itu akan dikemukakan mengikut proses dan saluran undang-undang sedia ada.

“FAM ingin memaklumkan bahawa kami telah mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran.

“FAM mengambil serius perkara ini. Walau bagaimanapun, FAM ingin menegaskan bahawa para pemain warisan yang terlibat adalah rakyat Malaysia yang sah,” katanya pada kenyataan di Facebook hari ini.

52dd2c0d1a5cb6c6f49bba967efd9d5f

Kelmarin, FAM dan tujuh pemain warisan kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA kerana didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC), berkaitan pemalsuan dokumen.

Pemain yang dikenakan tindakan itu ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Menurut kenyataan FIFA, FAM didapati menyerahkan dokumen yang dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan pemain, membolehkan mereka diturunkan dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lepas.

Sehubungan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (kira-kira RM10,560) dan digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa mulai tarikh notifikasi keputusan tersebut.




Source link