Malaysia Oversight

Fahmi zahir simpati pada Wan Saiful, saran ‘filemkan’ kisah hidup

By MkiniBM in November 3, 2025 – Reading time 3 minute
Fahmi zahir simpati pada Wan Saiful, saran 'filemkan' kisah hidup


PARLIMEN | Suasana Dewan Rakyat yang selalunya serius atau panas hari ini bertukar lucu seketika apabila Menteri Komunikasi Fadzil mencadangkan Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) membuat filem selepas dipecat Bersatu.

Bagaimanapun – yang juga jurucakap – sebelum itu sempat mengucapkan “takziah” kepada ahli parlimen terbabit serta menunjukkan simpati atas nasib yang menimpanya baru-baru ini.

“Pertama saya mengucapkan takziah dan harap Tasek Gelugor (Wan Saiful) bersabar menghadapi dugaan yang sangat besar ini. You are a good man, dan tak wajar diperlakukan sedemikian rupa.

“Saya harap keadilan dapat ditegakkan oleh yang berhormat,” kata sebelum meneruskan ucapan penggulungan Belanjawan 2026 ketika menjawab soalan tambahan Wan Saiful di parlimen hari ini.

Wan Saiful dilihat senyum sambil berkata: “Saya ucapkan terima kasih. Yang Indera Mahkota (Saifuddin Abdullah) pun sama juga.”

Mendengarkan reaksi spontan Wan Saiful, Fahmi menjawab dengan bersahaja bahawa kedua-dua mereka adalah “mangsa” kepada isu yang melanda parti mereka.

“Seorang lagi mangsa, jadi saya amat hargai… mungkin boleh buat filem,” kata Fahmi yang mengundang ketawa di kalangan anggota Dewan Rakyat.

Untuk rekod, pada 14 Okt lalu Wan Saiful dipecat daripada Bersatu manakala Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung keahliannya selama satu penggal.

Keliru konteks bebas bersuara

Saifuddin pula dilaporkan akan menghadiri sesi siasatan Lembaga Disiplin Bersatu pada Khamis ini susulan dakwaan dia terlibat dalam gerakan menggugat kedudukan presiden parti itu, Yassin.

Menurut Saifuddin, pertemuan itu akan berlangsung jam 2 petang pada 6 Nov ini di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya.

Sementara itu, Fahmi menyarankan individu yang sering mendakwa ditahan pihak berkuasa agar menilai semula tindakan dan sikap sendiri, sambil menegaskan tidak campur tangan dalam siasatan yang dijalankan agensi penguat kuasa.

Dia menegaskan Madani tidak mengarahkan mana-mana pihak untuk disiasat, dan semua tindakan dibuat berdasarkan undang-undang serta pertimbangan profesional agensi terlibat.

“Untuk menghalang, itu bukan hak saya. Saya tidak mengarahkan. Kalau penguat kuasa rasakan ada kewajaran untuk melakukan siasatan, maka siasatlah.

“Sekiranya badan penguatkuasa mendapati wujud elemen fitnah atau pelanggaran undang-undang, maka mereka berhak menjalankan siasatan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan.

“Kalau mereka tidak mengeluarkan (kenyataan) dan pada pandangan badan penguatkuasa perkara itu adalah fitnah atau wajar disiasat, maka itu hak mereka untuk bertindak,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Wan Saiful.

72f451d68a3fd97171c891bf080527a4

Terdahulu, Wan Saiful minta Fahmi menjelaskan konteks kebebasan bersuara dalam kerajaan hari ini.

“Saya tertarik dengan jawapan diberikan soal kebebasan bersuara dan kebebasan untuk bercakap dalam negara kita.

“Tapi malangnya apabila mendengar penjelasan menteri, kita lihat di luar sana tangkapan-tangkapan masih berlaku. Terbaru Wan Azri (Wan Deris) ditahan, exco Pemuda Bersatu Ashraf (Khan Hayup Khan), Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) dah berapa kali ditahan polis.

“Perkara berlaku berulang-ulang dari dulu sampai sekarang.

“Jadi saya agak keliru apa perbezaan dalam konteks kebebasan bersuara antara kerajaan hari ini yang memperjuangkan reformasi, dan kerajaan sebelum ini yang dikatakan tidak memperjuangkan reformasi.

“Nampak macam tak ada beza,” katanya.

Namun, Fahmi merujuk kepada Wan Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo yang dikatakan sering ditahan pihak berkuasa dengan menyifatkan perkara itu seharusnya menjadi muhasabah diri.

“Mungkin kalau nama disebutkan tadi, Wan Azri sebagai contoh, kalau dia merasakan dia selalu sangat ditahan ataupun apa, mungkin dia patut bertanya kepada dirinya sendiri: kenapa selalu kena?

“Mungkin terdetik di sanubari beliau, dan terpancar sinar agar berubah sikap atau mungkin itu yang akan menghalang beliau daripada ditahan (pada masa depan),” katanya.


Laporan oleh Zarrah Morden, Alyaa Alhadjri dan B Nantha Kumar



Source link