Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Fadlun Mak Ujud dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur menggantikan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
KUALA LUMPUR: Datuk Fadlun Mak Ujud dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa esok.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengumumkan pelantikan Presiden Perbadanan Putrajaya itu hari ini.
Pelantikan Fadlun bagi menggantikan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Kelulusan itu dibuat selaras Subseksyen 4 (2), Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
Fadlun yang berusia 58 tahun memiliki ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia.
Beliau mempunyai pengalaman lebih 28 tahun dalam bidang perancangan bandar, pembangunan wilayah dan pengurusan bandar raya. – Bernama
Post Views: 1






