Malaysia Oversight

Fadhli cabar Adun Amanah buktikan PAS terima dana ‘yang tidak didedahkan’

By MkiniBM in January 27, 2026 – Reading time 2 minute
Fadhli cabar Adun Amanah buktikan PAS terima dana 'yang tidak didedahkan'


Ketua Penerangan , Ahmad Fadhli Shaari membidas seorang Adun dari Amanah kerana mendakwa parti itu menerima “dana yang tidak didedahkan”.

Dia mengulas kenyataan Exco Infrastruktur dan Pertanian , Izham Hashim dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, di mana rakamannya turut dimuat naik di media sosial itu.

“Saya menonton video ini yang penuh dengan fitnah dan pembohongan.

“Individu ini mendakwa terima dana yang tidak dimaklumkan. Untuk orang ini, sila buktikan dakwaan kamu kerana kamu sudah jadi sebahagian dari kerajaan Pusat.

“Individu ini saya nasihatkan fokus kepada tugas beliau menyelesaikan isu penternakan di daripada sibuk menabur fitnah,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Izham dalam rakaman video itu mendakwa ketika dia menjadi bendahari PAS sebelum menyertai Amanah, Menteri Besar Selangor ketika itu, Khalid Ibrahim memberitahunya bahawa “sumbangan” pilihan raya untuk PAS itu telah diserahkan kepada ibu pejabat PAS pusat.

“Satu sen tak dibagi kepada (PAS) Selangor tau,” kata Izham dalam klip video tersebut, yang turut menampilkan beberapa laskar siber daripada PH.

9056d20e966fd010a9c8d9028c71b47e

Dakwaan PAS terima RM90 juta

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli menggesa Izham memberikan bukti, dengan merujuk kepada beberapa tuduhan serupa terhadap PAS sebelum ini yang gagal dibuktikan.

“Minta PMX yang pernah dakwa PAS terima RM90 juta daripada Umno dengan membaca ‘kertas hitam’ itu arahkan siasatan dan buktikan segera.

“Bukan sahaja PMX gagal buktikan, bahkan ditambah pula dengan dakwaan pembangkang terima dana judi yang sehingga ke hari ini masih gagal dibuktikan,” kata Ahmad Fadhli.

Pada 2019, berjanji akan mendedahkan identiti pemimpin PAS yang didakwa menerima RM90 juta daripada Umno.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kemudian berkata dakwaan PAS menerima puluhan juta ringgit adalah mustahil kerana ia akan membolehkan parti itu menguasai seluruh negara.

Susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 yang menyaksikan memperoleh jawatan perdana menteri, Presiden PKR itu menegaskan bahawa dana pilihan raya PN sebahagiannya datang daripada syarikat judi yang terlibat dalam cabutan khas.

5bfea6adc2600a46943a2b24f74b2f18

Susulan reaksi keras daripada pemimpin pembangkang, mengulangi semula dakwaannya dengan mengatakan dia “tidak bercakap tanpa bukti”.

PAS sebagai ahli komponen PN menegaskan adalah tidak munasabah bagi syarikat judi membiayai kempen pilihan raya PN memandangkan gabungan itu bertegas mahu menutup premis judi.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, turut menyifatkan “tuduhan liar” itu sebagai tidak berasas dan menggesa Anwar mengemukakan bukti.



Source link