Facebook Dating Menambah Sokongan Padanan Jodoh Dikuasakan AI
Aman
Facebook kini menambah-baik sokongan ciri Facebook Dating untuk pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada, dimana ia dipadankan dengan sokongan kecerdasan buatan. Melalui kemaskini ciri berkenaan, kini pengguna boleh berkomunikasi dengan pembantu Facebook Dating, menyatakan pilihan dan kriteria yang anda inginkan, seterusnya pembantu maya berkenaan akan memberikan pelbagai pilihan jodoh.
Melalui contoh yang diberikan, anda boleh bertanyakan kepada pembantu atau “Dating Assistant” berkenaan seperti, “lelaki bekerjaya di bidang teknologi dari Kuala Lumpur dan minat baca buku”, seterusnya ia akan mencari jodoh atau padanan yang sesuai. Selain padanan jodoh, pengguna turut boleh bertanyakan pelbagai tips, lokasi yang perlu dituju dan lain-lain kepada pembantu maya ini.

Facebook hanya menawarkan ciri ini di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja buat masa ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan memperluaskan ciri ini kepada pengguna seluruh dunia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






