Mahkamah Belanda mengarahkan Facebook dan Instagram supaya memaparkan susur masa yang tidak menggunakan algoritma kepada pengguna di negara tersebut. Susur masa yang menggunakan data pengguna didapati tidak mematuhi Akta Perkhidmatan Digital (DSA) zon Kesatuan Eropah (EU).

Meta diberikan tempoh dua minggu untuk memberikan pilihan yang mudah kepada pengguna untuk melihat susur masa tanpa suapan kandungan yang dikuaskan oleh algoritma. Susur masa mengikut kronologi dan tanpa memprofil tabiat penggunaan pemilik akaun turut perlu ditawarkan. Pada waktu yang sama Meta tidak dibenarkan untuk melakukan tetapan semula susur masa menggunakan algoritma setiap kali aplikasi dibuka semula.
Wakil Meta mengatakan mereka akan melakukan rayuan ke atas arahan yang diberikan oleh mahkamah. Meta juga berkata perubahan pada sistem telahpun dilakukan sebelum ini bagi memenuhi keperluan DSA.






