Malaysia Oversight

Facebook Akan Menamatkan Sokongan Butang Like Dan Komen Pada Laman Web Pada Februari 2026

By Amanz in November 11, 2025 – Reading time 1 minute
Facebook Akan Menamatkan Sokongan Butang Like Dan Komen Pada Laman Web Pada Februari 2026


Facebook Akan Menamatkan Sokongan Butang Like Dan Komen Pada Laman Web Pada Februari 2026

November 11, 2025
Meta
Web 2.0

Aman

Meta kini memaklumkan pada pembangun, menyatakan sokongan butang Like dan juga sokongan komen pada laman pihak ketiga di luar platform Facebook akan ditamatkan berkuat-kuasa 10 Februari 2026. Langkah ini adalah selari dengan perubahan kaedah penggunaan, disamping peralihan kepada platform lebih moden.

Facebook Like Button
Butang Facebook Like dan Share untuk laman web

Sebelum ini, Facebook menawarkan butang Like dan juga sokongan kotak komen untuk para pembangun web, membolehkan ia diintegrasikan dalam pembangunan web. Langkah ini sekaligus membolehkan para pengguna menekan butang “Like” pada sebarang artikel yang mereka sedang baca di luar Facebook, selain turut menggunakan identiti Facebook dalam meninggalkan komen.

Selepas 10 Februari 2026, butang Like dan komen tidak lagi akan dipaparkan di laman web luar Facebook, dan akan ditutup. Bagi pembangun web, anda boleh membuang integrasi berkenaan menjelang tarikh berkenaan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link