
Facebook Akan Menamatkan Aplikasi Messenger Untuk Windows Dan Mac
Aman
Facebook kini mengumumkan mereka akan menamatkan aplikasi Messenger untuk Windows dan Mac pada Disember 2025 ini. Perubahan ini hanya pada desktop sahaja, sementara pengguna pada peranti mudah-alih atau web tidak akan melalui sebarang perubahan.
Sebab penamatan ini tidak dinyatakan, tetapi berkemungkinan angka penggunanya yang rendah yang mungkin membuatkan kos pembangunan untuknya tidak berbaloi bagi pihak Facebook. Selepas sokongan untuknya ditamatkan, semua pengguna yang membuka aplikasi Messenger di desktop akan dibawa ke aplikasi desktop Facebook.
Messenger merupakan salah satu jenama dibawah Meta yang memfokuskan permesejan, selain turut menawarkan WhatsApp dan baru-baru ini turut memfokuskan ciri permesejan melalui Threads. Bagi anda sendiri, adakah anda aktif menggunakan Messenger?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






