Malaysia Oversight

Face Time dan Roblox Diharamkan Di Rusia

By Amanz in December 5, 2025 – Reading time 1 minute
Face Time dan Roblox Diharamkan Di Rusia


Face Time dan Roblox Diharamkan Di Rusia

December 5, 2025

Effi Saharudin

Perkhidmatan Persekutuan untuk Penyeliaan Komunikasi, Teknologi Maklumat dan Media Massa Rusia (Roskomnadzor) telah mengharamkan ciri panggilan video Face Time di negara tersebut. Menurut mereka, Face Time ialah ciri komunikasi yang digunakan untuk mengatur dan menjalankan serangan pengganas, merekrut penjenayah, dan melakukan penipuan serta jenayah lain terhadap warga Rusia.

FaceTime

Pengguna di Rusia melaporkan apabila panggilan video Face Time cuba dijawab ia tidak boleh disambung. Jika panggilan Face Time cuba dilakukan pula peranti akan memaparkan notifikasi “Pengguna tidak boleh dihubungi”. 

Malahan semalam Roskomnadzor turut telah mengharamkan Roblox daripada diakses pengguna dalam negara kerana didakwa digunakan propaganda LBGTQ+ dan juga menyebarkan kandungan ekstremis.

Sejak menyerang Ukraine, Rusia menghalang pelbagai aplikasi negara luar. Dua tahun lalu Rusia mengharamkan penjawat awam daripada menggunakan peranti Apple. Ini selepas agensi perisikan Rusia, FSB mendakwa Apple membantu Amerika mengintip peranti milik penjawat awam Rusia.

Reuters

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link