Malaysia Oversight

Exco Selangor nasihatkan Ketua Pemuda PAS Perak bertabayyun

By MkiniBM in September 2, 2025 – Reading time 2 minute
Exco Selangor nasihatkan Ketua Pemuda PAS Perak bertabayyun


Seorang exco hari ini menasihatkan Timbalan Ketua Pemuda Malaysia, Mohd Hafez Sabri, agar beramal dengan tabayyun sebelum membuat sebarang kenyataan atau memuat naik hantaran di media sosial.

Menurut V Papparaidu sebagai seorang , Mohd Hafez sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada semua orang dan membuat kenyataan secara semberono bukan saja mengelirukan rakyat, malah boleh menimbulkan kebencian antara kaum.

Kata Papparaidu tindakan mengaitkan faktor bangsa dengan sesuatu insiden adalah tidak adil, malah berbahaya kerana boleh disalah faham sebagai seolah-olah mewakili keseluruhan orang dari kaum berkenaan.

Sedangkan, katanya, insiden berkenaan hanya melibatkan individu tertentu.

“Saya menasihatkan semua pihak, khususnya pemimpin masyarakat dan ahli yang berhormat, agar mengamalkan sikap tabayyun iaitu menyemak fakta serta memastikan kesahihan berita terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Jangan sesekali memperjudikan perpaduan rakyat yang kita pertahankan selama 68 tahun ini semata-mata kerana kepentingan politik sempit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin hantaran dimuat naik Mohd Hafez menarik perhatian ramai apabila dia mengaitkan insiden gangguan ke atas Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, ketika baginda menghadiri sambutan Hari Kebangsaan di Ipoh dengan “wanita berbangsa Cina”.

Hantaran itu dikatakan disunting tidak lama kemudian.

Bukan kenyataan terburu-buru

Mohd Hafez yang juga Manjoi dan Ketua Pemuda Perak mendakwa, dia menjadi mangsa manipulasi pihak tertentu.

Katanya, dia mengaitkan bangsa Cina dengan insiden tersebut selepas mendapat “maklumat awal” mengenainya dan berasa “bimbang serta takut” terhadap keselamatan Sultan Nazrin.

“Namun selepas beberapa minit sahaja saya membuat posting, saya mendapati sumber awal saya dapat adalah tidak tepat dan saya telah membuat pembetulan pada posting asal saya secepat mungkin, tidak lebih beberapa minit dari posting awal,” katanya.

Dia juga mendakwa “pihak tidak bertanggungjawab” sudah membuat tangkap layar “sepantas kilat” hantaran berkenaan sebelum menularkannya.

2d4ab8d3d942027ea273291942446a30

Bukit Aman semalam turut mengeluarkan kenyataan bahawa individu yang terlibat dalam insiden di Ipoh itu merupakan seorang perempuan Melayu tempatan dan memiliki rekod rawatan psikiatri.

Polis juga memaklumkan mereka sudah menyiasat kes berkenaan.

Papparaidu berkata sebagai seorang Mohd Hafez wajib menjaga tutur kata dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan.

Apa jua kenyataan yang menyentuh kaum, agama dan institusi raja, kata Exco Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asli dan Minoriti itu, mestilah dibuat dengan penuh tanggungjawab, bukannya menjadi punca keresahan awam.

“Dalam hal ini, berikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan menentukan kebenaran.

“Maklumat pelaku serta latar belakang individu terbabit sama ada siuman atau sebaliknya, mesti diputuskan berdasarkan siasatan atau pemeriksaan profesional bukannya kenyataan politik terburu-buru,” katanya.



Source link