Malaysia Oversight

Exco nafi tapak surau diberi pada kuil di PJ

By MkiniBM in January 27, 2026 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


menafikan dakwaan bahawa tapak gantian bagi sebuah kuil di PJS4, Petaling Jaya yang dikatakan menceroboh tanah perkuburan merupakan kawasan yang asalnya dizonkan untuk pembinaan surau. 

Exco Hal Ehwal Agama dan Pembudayaan Inovasi Mohammad Ngah berkata, semakan dengan Pejabat Tanah Petaling dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesahkan kawasan itu dizonkan sebagai tapak rumah ibadat bukan (Ribi). 

Justeru, dia menyifatkan dakwaan di media sosial berkaitan “tapak ganti” untuk Kuil Sri Maha Mariamman itu pernah dicadangkan sebagai kawasan surau, sebagai tohmahan melulu.

“Persepsi yang mungkin mahu dizahirkan di sini adalah bahawa ada tapak surau yang telah diambil oleh pemaju untuk dijadikan tapak kuil India. “Daripada komen-komen di posting itu, ternyata ramai netizen telah menzahirkan rungutan dan kebimbangan akibat persepsi yang tidak benar ini,” kata .

Isu ini mula mendapat perhatian selepas tular dakwaan di media sosial yang mendakwa berlaku pencerobohan tanah perkuburan Islam oleh dua buah kuil dan sebuah gurdwara di kawasan PJS4.

Dakwaan itu antaranya disebarkan oleh seorang aktivis yang antikuil haram yang banyak

berkempen supaya orang ramai membuat laporan polis terhadap pembinaan rumah ibadat tanpa lesen.

Rancangan perobohan Jun 2026

Dalam kenyataan petang ini, menjelaskan bahawa pihak kuil masih perlu mengemukakan permohonan kepada MBPJ dan pejabat tanah sekiranya berhasrat untuk menduduki tapak tersebut secara sah. 

Dia turut memaklumkan negeri mempunyai garis masa khusus untuk merobohkan binaan tidak sah di tanah perkuburan Islam berkenaan bagi membolehkan kerja-kerja oleh Jabatan Agama Islam (Jais) dimulakan seawal Jun 2026. 

“Saya minta kesemua pihak yang terlibat dalam isu ini, baik yang Islam atau bukan Islam agar bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan sentimen perkauman yang negatif,” tambahnya lagi. 



Source link