BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) meluluskan peraturan visa yang lebih ketat terhadap rakyat Russia berikutan kebimbangan penyalahgunaan, tindakan sabotaj dan penggunaan migrasi sebagai senjata.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Eropah, rakyat Russia tidak lagi layak memohon visa kemasukan berbilang kali dan perlu membuat permohonan baharu setiap kali ingin memasuki wilayah EU.
Langkah itu bertujuan melindungi dasar awam dan keselamatan blok berkenaan.
Bagaimanapun, pengecualian terhad akan diberikan kepada golongan penentang kerajaan, wartawan bebas serta pejuang hak asasi manusia.
“Memulakan peperangan dan pada masa sama mengharapkan kebebasan bergerak di Eropah adalah sesuatu yang sukar untuk dipertahankan.
“EU sedang memperketat peraturan visa bagi rakyat Russia susulan gangguan dron dan tindakan sabotaj yang berterusan di wilayah Eropah.
“Melancong ke EU adalah satu keistimewaan, bukan hak yang dijamin,” kata Ketua Dasar Luar EU, Kaja Kallas, di platform X.- AGENSI






