ETS3 Ke Johor Bahru dan LRT3 Akan Beroperasi Menjelang Disember Tahun Ini
Effi Saharudin
Laluan Perkhidmatan Kereta Api Elektrik 3 (ETS3) sehingga Johor Bahru Sentral dan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) akan memulakan operasi menjelang penghujung tahun ini. Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, ETS3 dari stesen Kuala Lumpur ke JB Sentral akan beroperasi menjelang Disember dengan perjalanan sehingga Kluang pula akan bermula 30 Ogos depan. Dengan pembukaan laluan ETS 3, perkhidmatan ETS kini boleh dilakukan dari Padang Besar di Utara hingga ke Johor Bahru sepanjang 952 km.

Sementara itu perkhidmatan LRT 3 atau nama rasminya LRT laluan Shah Alam pula hanya akan beroperasi sebelum penghujung 2025. Laluan beberapa kali mengalami kelewatan walaupun 99.21% pembinaan telahpun siap pada pertengahan Julai tahun ini.

Pengumuman Anthony Loke ini pastinya mengecewakan penduduk yang memerlukan sambungan stesen Bandar Utama di Petaling ke stesen Johan Setia di Klang yang pada asalnya dijangka memulakan operasi pada 30 September. Menurut beliau lagi, kelewatan adalah kerana beberapa ujian yang masih belum dilakukan oleh pengendali.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.