Malaysia Oversight

Era politik slogan kosong dah berlalu, Zahid nasihat BN

By MkiniBM in May 23, 2025 – Reading time 2 minute
Era politik slogan kosong dah berlalu, Zahid nasihat BN


Pengerusi Ahmad Zahid Hamidi menyeru gabungan itu membina satu naratif baru yang menyentuh secara langsung keresahan rakyat, khususnya dalam isu perumahan, pekerjaan dan masa depan generasi muda menjelang Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU16).

Timbalan perdana menteri itu juga menegaskan era politik berdasarkan slogan kosong sudah berlalu.

“Tetapi naratif yang menyentuh hidup rakyat khususnya membabitkan aspek perumahan, pekerjaan dan masa depan anak muda.

“Kunci kejayaan adalah pemulihan kepercayaan, bukan hanya menambah undi.

perlu kembali sebagai kekuatan yang mampu memimpin dengan kestabilan dan dasar yang menyelesaikan isu berkenaan. Pemimpin perlu jadi negarawan, bukan hanya ahli politik,” katanya ketika berucap menyampaikan amanat sempena forum Better Nation Siri Empat: Apa yang boleh kita pelajari dari PRU Kanada, Singapura dan Australia di Menara Dato Onn hari ini.

Zahid menekankan keperluan untuk melalui proses transformasi organisasi dan komunikasi dengan pendekatan lebih moden, dinamik dan berasaskan teknologi terkini seperti penggunaan data, strategi microtargeting, serta komunikasi dua hala yang lebih efektif, bukan sekadar bergantung kepada ceramah atau sepanduk semata-mata.

“Rakyat semakin celik mahu politik yang berisi. Malaysia perlu model politik pasca polarisasi.

“Kita perlu belajar dari Australia, Singapura dan Kanada,” katanya pada forum yang dimoderatorkan oleh Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Abdul Kadir.

Menurut Zahid, tiga negara tersebut memberi pengajaran tersendiri dalam pembangunan politik moden.

“Di Kanada pengajarannya ialah naratif ‘hope’ dan keterangkuman masih relevan jika disampaikan dengan jujur dan bersungguh.

“Pengajaran dari Singapura adalah politik berdasarkan kecekapan dan penyampaian yang konsisten dan Australia ialah adaptasi kepada isu semasa dan suara masyarakat,” katanya.

Dia turut menegaskan gabungan rentas parti harus dibina berasaskan nilai-nilai bersama dan BN mesti tampil sebagai teras kepada kestabilan nasional.

“(BN) bukan sekadar pencatur politik. Forum ini bukan hanya untuk belajar dari luar, tetapi untuk bangunkan formula tempatan dengan semangat global.

“BN harus terus meneladani hikmah, memperbaiki pendekatan, dan membina politik nilai,” katanya.



Source link