Malaysia Oversight

Enggan patuhi arahan pembetulan – Singapura sekat MalaysiaNow

By MkiniBM in November 18, 2025 – Reading time 1 minute
Enggan patuhi arahan pembetulan - Singapura sekat MalaysiaNow


Singapura bertindak menyekat akses ke atas MalaysiaNow selepas portal berita itu gagal mematuhi Arah Pembetulan atau Correction Direction (CD) yang dikeluarkan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian 2019 (Pofma) republik itu.

Dalam kenyataan bersama hari ini, Kementerian Pembangunan Digital dan Informasi serta Kementerian Ehwal Dalam Negeri republik itu berkata CD – dikeluarkan pada 15 Nov – mengesan terdapat maklumat tidak tepat dalam artikel MalaysiaNow bertarikh 9 Nov mengenai layanan terhadap mendiang Pannir Selvam Pranthaman, rakyat Malaysia yang digantung mati di Singapura.

36d320e646090794b7fa751ddb6011b6

Memandangkan MalaysiaNow enggan membuat pembetulan tersebut, menteri berkenaan memerintahkan supaya Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infokom atau Infocomm Media Development Authority (Imda) mengarahkan penyedia perkhidmatan internet menyekat akses portal berkenaan bagi pengguna di Singapura.

Kedua-dua kementerian itu berkata MalaysiaNow secara terbuka menolak CD tersebut dan mengkritik pendekatan Singapura dalam menangani apa yang didakwa sebagai kepalsuan dalam talian.

Di bawah Pofma, CD itu mewajibkan MalaysiaNow menyiarkan pembetulan bersama dakwaan yang dipertikaikan, supaya pembaca Singapura boleh “menilai sendiri”.

“Walaupun peringatan dihantar, MalaysiaNow tetap tidak mematuhi CD.

“Ini bukan tindakan mana-mana organisasi media yang bertanggungjawab dan berintegriti,” kata kedua-dua kementerian itu.

Pada 15 Nov, editor MalaysiaNow Abdar Rahman Koya mengesahkan menerima notis berkenaan, yang merujuk kepada artikel ditulis adik Pannir, Sangkari Pranthaman.

1c5f5e2f2b671964adb4c5fbbb909d23
Abdar Rahman Koya

Dalam penolakan itu, Rahman menyifatkan notis tersebut sebagai “18 halaman penuh jargon dan ancaman” termasuk templat pembetulan siap sedia untuk dipaparkan di laman web.

[Baca berita penuh]



Source link