Malaysia Oversight

Enam orang direman bantu siasatan kes lelaki maut kena tembakan

By MkiniBM in April 27, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Perintah reman terhadap kesemua suspek berumur 21 hingga 45 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Heng Yi Min selepas permohonan dibuat polis di Mahkamah Majistret, di Kuching hari ini.

Peguam Russell Lim yang mewakili kesemua suspek memaklumkan reman empat hari dibenarkan kepada tiga suspek manakala tiga lagi direman tujuh hari.

Semalam, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata seorang lelaki berusia 34 tahun dipercayai terkena tembakan semasa berada di dalam sebuah kereta di Jalan Stephen Yong.

Beliau berkata kira-kira 5.30 pagi, dua lelaki telah hadir ke Balai Polis Batu Kawa di Kuching untuk memaklumkan seorang rakan mereka telah ditembak dan berada di dalam kereta yang dinaiki mereka serta kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

– Bernama



Source link