Malaysia Oversight

Enam anggota polis direman bantu siasatan kes rasuah

By MkiniBM in July 31, 2025 – Reading time 1 minute
Enam anggota polis direman bantu siasatan kes rasuah


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang mereman enam anggota polis bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan memiliki air ketum.

Perintah reman selama tujuh hari hingga 6 Ogos itu dikeluarkan Majistret Khamisah Ismail selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini.

Menurut sumber, kesemua lelaki berusia antara 30 hingga 50-an itu ditahan kira-kira 9 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Temerloh.

“Kejadian dipercayai bermula apabila semua suspek menahan lima individu dalam operasi di sekitar Temerloh, Mei lepas kerana disyaki memiliki air ketum.

“Seorang daripada suspek dipercayai telah menerima wang rasuah secara tunai daripada seorang individu yang bertindak sebagai orang tengah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

– Bernama



Source link