Malaysia Oversight

Elon Musk Terbuka Untuk Apple Menggunakan Grok Dalam Menguasakan Siri

By Amanz in November 18, 2025 – Reading time 1 minute
Elon Musk Akan Menambah Sokongan Pengiklanan Pada Respon Yang Dihasilkan Grok AI


Elon Musk Terbuka Untuk Menggunakan Grok Dalam Menguasakan Siri

November 18, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

xAI, syarikat memfokuskan kecerdasan buatan milik Elon Musk, hari ini telah pun memperkenalkan model terbaru mereka, Grok 4.1. Ia menawarkan prestasi yang lebih baik, dan kurang berhalusinasi berbanding model sebelumnya.

Selari dengannya, menjawab permintaan pengguna supaya bekerjasama dengan xAI dalam menguasakan Siri, Elon Musk melalui laman X mengatakan terbuka untuk perkara berkenaan.

Grok

Seperti ramai sedia maklum, Siri dilihat jauh ketinggalan berbanding yang lain dalam arena kecerdasan buatan ini. Malah, pelbagai perkara dijanjikan Apple mengalami penangguhan dan masih belum diperkenalkan. Promosi memfokuskan Apple Intelligence juga turut tidak meluas, memandangkan penawaran Apple tidak setanding yang lain.

Buat masa ini, Apple hanya bekerjasama dengan OpenAI dalam mengintegrasikan ChatGPT pada sistem operasi mereka. Ia turut diperkatakan Apple bekerjasama dengan Google untuk membangunkan model khusus untuk mereka.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Apple akan turut mengintegrasikan sokongan Grok pada penawaran mereka, atau sebaliknya. Untuk makluman juga, sebelum ini Elon Musk telah memfailkan saman ke atas Apple dan OpenAI, mengatakan kedua-duanya mengekang dalam persaingan arena AI.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link