Malaysia Oversight

Elon Musk : Grok Kelak Boleh Menjana Video Sepanjang 30 Minit, Dan Juga Permainan Video

By Amanz in September 7, 2025 – Reading time 1 minute
Elon Musk : Grok Kelak Boleh Menjana Video Sepanjang 30 Minit, Dan Juga Permainan Video


xAI merupakan syarikat memfokuskan kecerdasan buatan yang diterajui oleh Elon Musk. Ia sedia menguruskan media sosial X, selain turut menawarkan bot berasaskan kecerdasan buatan tersendiri, dinamakan Grok.

Baru-baru ini, Grok turut telah menambah ciri Grok Imagine, membolehkan pengguna menjana video berdurasi 6 saat melaluinya. Tidak setakat itu, kini Elon Musk menjanjikan lebih banyak kemaskini akan datang untuk Grok melalui Grok Imagine.

Grok Imagine

Salah satunya adalah kebolehan menjana siri video sepanjang 30 minit menggunakannya. Seperti ramai sedia maklum, pelbagai kecerdasan buatan janaan hanya menjana video sepanjang beberapa saat sahaja, dan sekiranya Grok Imagine boleh menjana video sepanjang 30 minit, maka ia akan mengubah lanskap kecerdasan buatan janaan, selain membuka kepada penghasilan pelbagai rancangan video menggunakannya.

Tidak setakat itu, Elon Musk turut mengatakan pengguna juga kelak boleh menghasilkan permainan video menggunakan Grok Imagine. Permainan yang baik yang dihasilkan menggunakannya dijangka hadir seawal 2026 kelak.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan kejutan yang disediakan oleh Elon Musk melalui Grok ini kelak.



Source link