Malaysia Oversight

Elon Musk Bakal Memperkenalkan Aplikasi Berasingan Untuk X Chat – Alternatif Untuk WhatsApp

By Amanz in November 1, 2025 – Reading time 1 minute
Elon Musk Bakal Memperkenalkan Aplikasi Berasingan Untuk X Chat – Alternatif Untuk WhatsApp


Elon Musk Bakal Memperkenalkan Aplikasi Berasingan Untuk X Chat – Alternatif Untuk WhatsApp

November 1, 2025
Aplikasi

Aman

Pada hari ini, X atau laman yang dikenali sebagai Twitter dahulu, telah sedia mengintegrasikan sokongan dinamakan X Chat. Ia merupakan evolusi kepada Twitter DM, tetapi hadir dengan sejumlah penambahan, termasuk sokongan penyulitan penuh dan fokus terhadap privasi.

X Twitter Logo

Menggunakannya juga, pengguna boleh menghantar mesej, membuat panggilan audio atau video, menghantar fail, dan lain-lain seperti perkhidmatan permesejan lain. Pada hari ini, ia disertakan bersama perkhidmatan sosial X, tetapi bergerak kehadapan, ia dijangka akan diasingkan dan ditawarkan melalui aplikasi kendiri.

Elon Musk belum berkongsi berkenaan garis masa pengenalannya. Tetapi ia dijangka akan diposisikan sebagai alternatif WhatsApp dan Signal, seperti mana Grokipedia diposisikan sebagai alternatif Wikipedia.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link