Malaysia Oversight

Elaun guru Pasti cuma RM600 langgar akta gaji

By MkiniBM in August 12, 2025 – Reading time 2 minute
Elaun guru Pasti cuma RM600 langgar akta gaji


PARLIMEN | Seorang ahli parlimen menggesa tindakan diambil terhadap tadika bawah kelolaan yang menggaji guru sebagai “sukarelawan” dan membayar mereka kurang daripada separuh gaji minimum negara.

Ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13, Nik Nazmi Nik Ahmad (Harapan-Setiawangsa) berkata ramai ibu bapa menghantar anak ke Pusat Asuhan Tunas (Pasti) kerana yuran yang rendah, namun hampir 10,000 guru menerima elaun hanya RM600 tanpa perlindungan sosial asas.

“Antara tarikan adalah selain mendakwa pendidikan , kos yang rendah.

“Namun banyak aduan tentang Pasti tidak mematuhi aspek silibus, penggajian guru.

fcdec2eadacb80f42d197a95c77f12e9

“Aduan termasuk daripada guru-guru Pasti sendiri,” kata bekas menteri itu.

Dia berkata sehingga tahun lalu terdapat 2,497 Pasti di seluruh negara, dengan 9,539 guru dan 125,065 murid — diuruskan oleh sebuah unit di bawah Dewan Pemuda .

“(Mereka) hanya dibayar elaun RM600 kerana guru adalah ‘sukarela’ bukan ‘pekerja'(yang) melanggar Akta Majlis Perundingan Gaji Negara

“Tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya lagi.

db0177e19a02c72eb37fd97059f98d50

Nik Nazmi berharap langkah pembetulan dapat diambil oleh Jawatankuasa Khas Pendidikan Prasekolah yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di bawah Majlis Sosial Negara.

Sementara itu, Ahli Parlimen Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) dipetik BH Online berhujah walaupun “gaji” guru rendah, mereka mendapat elaun lain termasuk bagi mengajar Iqra.

“Cuma saya nak perbetulkan sikitlah gaji guru Pasti yang dikatakan rendah atas sebab sukarela.

“Mereka bekerja empat jam, amat singkat dan sebenarnya banyak Pasti tampung dengan imbuhan lain seperti Iqra dan seumpamanya.

“Cuma adakah Yang Berhormat Setiawangsa setuju bahawa apabila Pasti ini tidak menggunakan dana cukai rakyat berbanding Kemas, prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) dan juga Tabika Perpaduan, ia membantu mengurangkan beban fiskal di pihak tanpa menggunakan duit cukai rakyat,” katanya.

Terdahulu, Nik Nazmi menyambut baik rancangan untuk mewajibkan pendidikan prasekolah pada usia lima tahun dan memberi tumpuan kepada penyediaan kemudahan di kawasan luar bandar.

Dia juga mencadangkan penyelarasan kemudahan prasekolah yang kini disediakan oleh tiga kementerian berbeza — Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta Kementerian Perpaduan Negara.

Laporan oleh Hariz Mohd, Qistina Nadia Dzulqarnain, Dania Kamal Aryf dan Haspaizi Zain.



Source link