Malaysia Oversight

elanjawan 2026 fokus tiga teras utama sokong RMK13

By TheSun in August 7, 2025 – Reading time 3 minute
elanjawan 2026 fokus tiga teras utama sokong RMK13


: Belanjawan 2026 adalah belanjawan sulung yang mendukung matlamat Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan akan menumpukan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta memperkukuh tatakelola baik dalam pentadbiran negara.

Menaikkan siling merujuk kepada strategi mempertingkatkan potensi dan daya saing negara melalui pelaburan dalam inovasi, teknologi serta pembangunan bakat, manakala menaikkan lantai pula bermaksud memperkukuh penyampaian perkhidmatan asas seperti pendidikan dan kesihatan agar tiada golongan yang tercicir.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata dalam usaha menaikkan siling, akan meningkatkan daya saing negara dan menyokong sektor berpertumbuhan dan bernilai tinggi terutama melibatkan industri semikonduktor, peralihan tenaga dan ekonomi .

Beliau berkata juga akan terus mengupayakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan syarikat pemula niaga supaya menjadi pengeluar produk dan perkhidmatan “Made by Malaysia” (Buatan Malaysia).

“Agenda digital dan kecerdasan buatan terus diberi tumpuan selari dengan usaha membudayakan daya cipta bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi berteraskan penciptaan nilai,” katanya ketika berucap pada majlis libat urus Belanjawan 2026 di sini, hari ini.

Menurut Takwim Parlimen, Belanjawan 2026 dijadualkan dibentangkan pada 10 Oktober ini di Dewan Rakyat.

Acara yang merupakan sesi libat urus pertama bagi Belanjawan 2026 itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Datuk Mohammad Faiz Azmi.

Selain itu, 300 individu mewakili insitusi penjawat awam, sektor industri, dewan perniagaan, teknokrat, pakar ekonomi, para ilmuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan antarabangsa turut menyertai majlis itu.

Amir Hamzah berkata bagi menaikkan lantai, tumpuan kerajaan kekal untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, khususnya dengan memastikan akses minimum yang lebih baik kepada pendidikan dan kesihatan, selari dengan agenda RMK13 untuk mereformasi kedua-dua sektor tersebut.

Beliau berkata langkah menumpukan tiga teras utama itu adalah sejajar dengan agenda RMK13 untuk menjamin kemajuan yang lebih inklusif dan saksama.

“Menerusi kehadiran wakil NGO serta persatuan sosial, kita dapat bersama-sama berikhtiar membantu rakyat termiskin secara holistik selain memperkasakan jaringan perlindungan sosial,“ katanya.

Beliau berkata peningkatan pendapatan rakyat dan meringankan tekanan kos sara hidup juga akan terus menjadi ikhtiar utama kerajaan dalam Belanjawan 2026.

Dari segi tatakelola pula, Amir Hamzah berkata kerajaan mengalu-alukan pandangan daripada pelbagai pihak dalam menambah baik dan memantapkan lagi perkhidmatan untuk mempercepat dan mempermudah urusan bagi menjalankan perniagaan.

“Saya mengalu-alukan penglibatan aktif daripada semua pihak yang hadir dalam memberikan maklum balas yang akan menjadi asas penting kepada penyediaan Belanjawan 2026.

“Saya berharap sesi hari ini menjadi medan strategik untuk kita bersama-sama mencorak hala tuju masa hadapan negara dengan merumuskan input yang bernas demi merangka Belanjawan 2026 yang berimpak tinggi ke arah membangunkan Malaysia secara menyeluruh,“ katanya.

Amir Hamzah berkata kerajaan turut mempelawa semua rakyat Malaysia untuk mengemukakan cadangan menerusi Portal Cadangan Belanjawan 2026 di laman web Kementerian Kewangan, https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.

Beliau berkata majlis libat urus Belanjawan 2026 hari ini merupakan saluran rasmi sebagai tanda bermulanya proses penyediaan Belanjawan 2026,

InI sekali gus bagi memastikan Belanjawan MADANI keempat (2026) itu mencerminkan aspirasi rakyat, yang direncana bersama-sama rakyat demi menghasilkan sebuah belanjawan rakyat, katanya.

— BERNAMA



Source link