KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Malaysia terus berdaya tahan dengan perangkaan awal menunjukkan semua sektor ekonomi terus rancak pada suku ketiga tahun ini, meskipun berdepan persekitaran global yang mencabar. Menteri Ekonomi, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, ekonomi negara diunjurkan sekitar 5.2 peratus pada suku ketiga oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), walaupun dunia kini menghadapi pelbagai cabaran makroekonomi. Katanya, satu daripada faktor utama kekuatan ekonomi Malaysia ialah kepelbagaian struktur ekonominya. “Negara kita…






