Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga 2025 berbanding 4.4 peratus pada suku kedua 2025, didorong oleh permintaan dalam negeri dan pertumbuhan eksport yang lebih tinggi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Abdul Rasheed Ghaffour.
Abdul Rasheed berkata perbelanjaan isi rumah disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang positif, langkah-langkah dasar berkaitan pendapatan dan program bantuan wang tunai.
Katanya dalam sektor luaran, eksport bersih mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi berikutan pertumbuhan eksport yang mengatasi pertumbuhan import.
“Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.7 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2025, iaitu dalam julat unjuran rasmi empat peratus hingga 4.8 peratus, mencerminkan daya tahan negara yang berterusan dalam menghadapi cabaran global,” katanya.
-Bernama






