Malaysia Oversight

Edits Perkenalkan Ciri ‘Lip Sync’ Dalam Kemas Kini Terbaharu

By Amanz in November 12, 2025 – Reading time 1 minute
Edits Perkenalkan Ciri ‘Lip Sync’ Dalam Kemas Kini Terbaharu



Meta Edits

Edits Perkenalkan Ciri ‘Lip Sync’ Dalam Kemas Kini Terbaharu

November 12, 2025
Lain-lain

Amy Maizuraa

Aplikasi Edits terus menerima kemas kini baharu bagi menambah baik keupayaan kreatif pengguna. Antara ciri menarik yang diperkenalkan termasuk animasi imej pegun, main semula ala Boomerang, serta lebih 400 kesan bunyi baharu bagi membolehkan penyesuaian audio yang lebih mudah diubah suai mengikut cita rasa.

Penambahbaikan utama kali ini ialah keupayaan melihat dan mengemaskini keseluruhan transkrip kapsyen dalam satu paparan. Dengan antara muka baharu ini, pengguna boleh menyunting kapsyen dengan lebih mudah tanpa perlu menyemak baris demi baris. Ciri ini bukan sahaja menjimatkan masa malah menyerupai fungsi suntingan kapsyen yang ditawarkan oleh CapCut.

Selain itu, Edits turut memperkenalkan ciri Lip Sync yang membolehkan pengguna memuat naik imej pegun seseorang dan memadankannya dengan rakaman suara. Ciri ini berpotensi membuka ruang kepada kegunaan yang menarik sekali gus mendorong kemunculan trend baharu dalam penghasilan klip video yang lebih menghiburkan.

Fungsi Reverse Play gaya Boomerang turut diperkenalkan bagi membolehkan pengguna memainkan semula elemen tertentu atau keseluruhan klip secara terbalik. Ciri ini memberi ruang kepada pengguna untuk bereksperimen dengan gaya kreatif dalam penghasilan video. Pastikan anda mengemas kini aplikasi Edits untuk menggunakan semua ciri baharu ini.

Instagram

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.





Source link