EA Diambil Alih PIF, Affinity Partners dan Silver Lake Dengan Nilai $55 Bilion
Effi Saharudin
Electronic Arts (EA) secara rasmi diambil alih oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, Affinity Partners dan Silver Lake sebuah firma ekuiti swasta dengan nilai jualan mencecah $55 bilion. Kesemua saham syarikat berpindah tangan ke ketiga-tiga syarikat ini dengan pemegang saham akan menerima $210 yang adalah 25% lebih tinggi berbanding nilai akhir saham syarikat sebelum dagangan dihentikan hari ini.

PIF sudahpun memegang hampir 9.9% saham EA dan kini menjadikan Arab Saudi menjadi negara dengan pelaburan besar dalam dunia permainan video kerana mempunyai kepentingan dalam Activision Blizzard, Take-Two Interactive, Niantic dan Embrace Group.
Urus niaga itu telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah EA dengan dijangka dimuktamadkan pada Q1 2027 dan tertakluk kepada syarat penutupan, termasuk penerimaan kelulusan kawal selia yang diperlukan dan kelulusan oleh pemegang saham EA. Selepas penutupan urus niaga, saham biasa EA tidak lagi akan disenaraikan di mana-mana pasaran awam.
Negara anbiya ini juga menjadi tuan rumah Olimpik Esukan pertama ingin menjadikan Qiddiya bandaraya permainan video dunia menerusi pembinaan stadium esukan terbesar pernah dibina lengkap dengan kerusi 4D haptik serta skrin gergasi. EA dijangka akan mengumumkan pengambilalihan syarikat mereka minggu ini dengan perincian saat akhir masih sedang dilakukan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






