Malaysia Oversight

Duti eksais rokok, arak dinaikkan bermula November

By MkiniBM in October 10, 2025 – Reading time 2 minute
Duti eksais rokok, arak dinaikkan bermula November


Perdana Menteri Ibrahim hari ini mengumumkan beberapa langkah drastik di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat bagi memperkasa usaha ke arah gaya hidup sihat dan pencegahan penyakit tidak berjangkit dalam negara.

Menurut , ini termasuk menaikkan kadar duti eksais ke atas produk tembakau dan minuman keras berkuat kuasa mulai 1 Nov depan.

berkata langkah itu bertujuan mengurangkan prevelans tabiat rokok, dengan harga sebatang rokok dinaikkan dua sen dan produk cigars, cheroots serta cigarillos dinaikkan RM40 sekilogram (kg).

Selain itu, produk rokok elektronik bagi memanaskan tembakau atau heated tobacco yang mengandungi kandungan tembakau dinaikkan RM20 sekilogram (kg).

0ca990b750b7f3c27c191a6c09ee9182

“Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengurangkan kadar prevalens perokok di Malaysia,” kata Anwar dalam Belanjawan 2026, di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam masa sama, Anwar berkata turut melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas produk terapi gantian nikotin, termasuk nicotine mist dan nicotine lozenges, sehingga 31 Disember 2027.

“Bagi mengurangkan akses kepada minuman beralkohol dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat, bersetuju supaya kadar duti eksais bagi produk minuman keras dinaikkan sebanyak 10 peratus mulai 1 November 2025,” kata Anwar.

Mengulas lanjut, Anwar berkata hasil tambahan daripada kenaikan duti eksais rokok dan alkohol itu akan diagihkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia antara lain akan digunakan bagi menyokong Inisiatif Kesihatan Paru-Paru, serta memperkukuh rawatan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan penyakit jantung.

Tambah Anwar, kerajaan turut mencadangkan peluasan pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pemvaksinan.

“Ini merangkumi semua jenis vaksin yang berdaftar dan diluluskan oleh KKM, selaras dengan prinsip “mencegah lebih baik daripada mengubati,” tambahnya.



Source link