Malaysia Oversight

Durioo+ Kini Turut Menawarkan Akses Percuma Disokong Pengiklanan

By Amanz in January 24, 2026 – Reading time 1 minute
Durioo+ Kini Turut Menawarkan Akses Percuma Disokong Pengiklanan


Durioo+ Kini Turut Menawarkan Akses Percuma Disokong Pengiklanan

January 24, 2026
Penstriman

Aman

Durioo+ merupakan salah satu platform penstriman tempatan dengan fokus terhadap kandungan mesra kanak-kanak. Ia telah beroperasi selama beberapa tahun, dan hadir dengan penawaran berbentuk langganan pada harga RM19.90 sebulan.

Untuk tahun 2026 ini, Durioo+ turut hadir dengan penawaran baharu, iaitu akses percuma kepada semua, membolehkan pengguna menikmati sejumlah kandungan tanpa memerlukan sebarang bayaran.

Durioo Percuma

Versi percuma untuk Durioo hadir dengan paparan iklan, dan kandungan secara terhad. Untuk bayaran langganan bulanan, pengguna akan menerima akses tambahan seperti bebas iklan, kandungan tanpa had, akses kepada kawalan kandungan, sokongan muat-turun untuk tontonan luar-talian, dan sehingga 5 profil.

Durioo Kandungan

Disamping itu, susunan baharu untuk Durioo juga turut menyertakan kandungan yang disesuaikan untuk dewasa dan ibubapa. Selari perubahan ini, paparan antaramuka web turut ditambah-baik, membawa terus ke halaman menonton kandungan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Durioo hari ini, dan menikmati kandungannya secara percuma hari ini.



Source link