Malaysia Oversight

Duolingo Akan Menggunakan AI Bagi Menggantikan Pekerja Kontrak

By Amanz in April 29, 2025 – Reading time 1 minute
Duolingo Akan Menggunakan AI Bagi Menggantikan Pekerja Kontrak


Duolingo Akan Menggunakan AI Bagi Menggantikan Pekerja Kontrak

April 29, 2025

Amy Maizuraa

Duolingo menyatakan bahawa mereka akan mula menggantikan tenaga kerja manusia dalam tugas-tugas yang boleh dilakukan oleh teknologi AI. Pendekatan ini bertujuan untuk menjadikan Duolingo sebagai syarikat yang mengutamakan AI dalam usaha meningkatkan produktiviti, dan menyediakan bahan pembelajaran dengan lebih efisien.

duolingo.jpg

Duolingo turut merancang untuk tidak menambah tenaga kerja manusia kecuali mereka tidak dapat melakukan tugas melalui AI. Untuk mengajar dengan baik, Duolingo perlu mencipta kandungan dalam jumlah yang besar dan AI dianggap mampu menyelesaikan proses ini dengan lebih cepat berbanding dilakukan secara manual.

Meskipun Duolingo menegaskan bahawa mereka mengambil berat tentang pekerja sedia ada, langkah penggantian ini telah menimbulkan kebimbangan tentang kemungkinan kehilangan pekerjaan. Syarikat itu turut menggalakkan pekerjanya untuk memberi tumpuan kepada kerja kreatif, dan menyediakan latihan serta bimbingan bagi membantu mereka menggunakan AI dalam proses kerja mereka.

Dengan pendekatan ini, Duolingo menyatakan keyakinan bahawa AI boleh membantu mereka melakukan lebih banyak dengan tenaga kerja manusia yang sedia ada. Pendekatan ini juga diyakini mampu membuka ruang ke arah penggunaan AI yang lebih menyeluruh.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link