Malaysia Oversight

DUN N Sembilan lulus lupus anjing liar: NGO rayu belas kasihan

By MkiniBM in April 30, 2025 – Reading time 2 minute
DUN N Sembilan lulus lupus anjing liar: NGO rayu belas kasihan


Sebuah pertubuhan kebajikan haiwan menggesa Negeri Sembilan menghentikan rancangan untuk melupuskan anjing liar di kawasan majoriti Melayu di negeri itu.

Furrykids Safehaven, yang turut mengendalikan sebuah pusat perlindungan haiwan menyeru negeri untuk bekerjasama dengan NGO dan pakar veterinar bagi merangka kaedah pengurusan populasi anjing liar yang lebih berperikemanusiaan dan berkesan.

NGO itu turut menggesa agar negeri menyokong program tangkap-kasi-lepas (TNR) sedia ada dan mendidik orang ramai mengenai pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab, pensterilan serta kerjasama komuniti.

Kumpulan itu berhujah pendekatan seperti TNR, program pengambilan angkat (adopsi) dan pendidikan awam merupakan strategi yang terbukti lebih berkesan dalam jangka masa panjang.

942c32f6b5fb6ba27ea16cf0341ed54c

“Haiwan liar bukan masalah yang perlu dihapuskan – mereka akibat daripada kelalaian manusia dan wajar diberikan penyelesaian yang bertanggungjawab dan penuh belas kasihan.

“Pusat perlindungan kami telah melabur banyak sumber dan bertahun-tahun usaha untuk mengurangkan populasi haiwan liar melalui program TNR dan pendidikan komuniti.

“Pembunuhan secara rambang terhadap haiwan-haiwan ini bukan sahaja menjejaskan semua usaha tersebut, tetapi juga menghantar mesej yang berbahaya bahawa kekejaman satu bentuk kawalan yang boleh diterima,” kata Presiden Furrykids Safehaven, Jeskiran Kaur pada satu kenyataan hari ini.

Dewan Undangan Negeri sebulat suara lulus

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri () Negeri Sembilan sebulat suara bersetuju melaksanakan pelupusan besar-besaran terhadap anjing liar di kawasan majoriti Melayu bagi menangani kebimbangan mengenai gangguan dan keselamatan.

Menteri Besar Aminuddin Harun dipetik laporan itu berkata bilangan anjing liar yang banyak menjadi isu berulang pada setiap sidang DUN, seolah-olah kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap kebimbangan tersebut.

c82a953135d6058f6b578d43a1e6b356

“Kita hanya tumpukan kepada kawasan majoriti Muslim supaya tidak mengganggu urusan harian mereka yang hendak ke masjid dan ke sekolah.

“Anjing ini tidak diberi makan, akhirnya mengganggu kesejahteraan masyarakat setempat dan inilah yang menjadi kebimbangan kita.

“Pelaksanaan pemandulan anjing liar masih diteruskan, tetapi kita lihat anjing liar di kawasan Melayu semakin tidak terkawal. Setiap kali sidang DUN, isu yang sama dibangkitkan seolah-olah kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan.

“Jadi, saya perlukan sokongan majoriti untuk menyelesaikan isu ini,” kata Aminuddin di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Pelupusan bermula di kawasan Melayu

Dia turut dilaporkan berkata bahawa pelupusan itu akan dimulakan di kawasan majoriti Melayu terlebih dahulu sebelum diperluas ke kawasan lain.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah boleh ambil tanggungjawab dan saya maklum akan ada NGO yang akan membuat bantahan.

“Saya harap mereka faham bahawa terdapat kemalangan berlaku disebabkan anjing liar yang melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam.

2cf85c832bef30b386e1cfa3b52482f4

“Jadi, saya harap mereka faham bahawa kerajaan negeri bukan mahu melupuskan semua, tetapi hanya sebahagian anjing liar di kawasan yang memberikan ancaman kepada penduduk setempat,” kata menteri besar itu.

Laporan itu turut menyatakan usul itu dipersetujui secara sebulat suara, dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) akan meneliti dan memuktamadkan butiran pelaksanaan pelan pelupusan anjing liar itu.

[Baca berita asal]



Source link