DuckDuckGo Menambah Sokongan GPT-5 Pada Penawaran Duck.ai
Aman
DuckDuckGo, penyedia perkhidmatan carian dengan fokus terhadap privasi sedia menyediakan juga perkhidmatan memfokuskan kecerdasan buatan, dinamakan Duck.ai. Melaluinya, ia menawarkan akses percuma, dan mengatakan perkhidmatan mereka memfokuskan kepada privasi.

Dengan fokus terhadap privasi, DuckDuckGo menyatakan semua interaksi adalah dalam bentuk awanama dan boleh digunakan percuma tanpa log masuk ke perkhidmatan.
Terbaru, Duck.ai telah pun menambah sokongan model terbaru OpenAI, iaitu GPT-5 Mini. Melaluinya, model berkenaan menawarkan sokongan carian web, penaakulan, dan beroperasi lebih pantas berbanding sebelum ini. Tidak setakat GPT-5 Mini, pihak DuckDuckGo turut mengekalkan penawaran GPT-4o Mini pada platform mereka.
Bagi anda yang berminat untuk mencuba, boleh ke laman Duck.Ai hari ini, dan memilih model yang anda inginkan, dan menggunakannya. Selain GPT, ia turut menawarkan model Llama, Claude, dan Mistral.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.