Malaysia Oversight

Dua menteri Ghana antara korban nahas helikopter

By MkiniBM in August 7, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Ghana mengesahkan lapan individu, termasuk dua menteri kanan, terkorban dalam nahas helikopter tentera pada Rabu, lapor Xinhua.

Menteri Pertahanan Edward Kofi Omane Boamah dan Menteri Alam Sekitar, Sains, Teknologi dan Inovasi Murtala Muhammed merupakan antara yang terkorban dalam nahas itu, menurut Ketua Turus Pejabat Presiden Julius Debrah pada satu sidang media.

“Dengan berat hati saya mengumumkan satu tragedi negara melibatkan nahas sebuah helikopter tentera pagi ini di sekitar kawasan Adansi di Wilayah Ashanti,” kata Debrah.

Mangsa lain termasuk Pemangku Timbalan Penyelaras Keselamatan Negara Muniru Mohammed Limuna, Naib Pengerusi Kebangsaan parti National Democratic Congress yang memerintah, Samuel Sarpong dan seorang bekas calon parlimen, Samuel Aboagye.

Tiga kru dalam helikopter itu, iaitu Peter Bafemi Anala, Manin Twum-Ampadu dan Ernest Addo Mensah turut disahkan terkorban.

“Presiden dan merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga rakan seperjuangan dan anggota perkhidmatan kami yang terkorban ketika berkhidmat untuk negara,” tambah Debrah.

Sementara itu, Ghana mengarahkan semua bendera negara dikibarkan separuh tiang sehingga diberitahu kelak.

Bernama-Xinhua



Source link