Malaysia Oversight

Dua maut dalam nahas MPV dengan lori buah

By MkiniBM in November 20, 2025 – Reading time 1 minute
Dua maut dalam nahas MPV dengan lori buah


Pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori bermuatan buah di Kilometer 141.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru di Bukit Mertajam, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata mereka ialah Mohamad Nizar Abdul Rahman, 32, serta Muhammad Fakhrur Razi Usri, 31.

b9863d3d97ae226c42e15fb4b81212b9

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.22 malam.

“Kemalangan melibatkan MPV Toyota Estima dan lori membawa muatan buah, dengan dua mangsa MPV tersepit manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

John berkata mangsa tersepit berjaya dikeluarkan pada 11.56 malam oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan menggunakan peralatan khas.

3d2b9c877f4b6f21b83174f09f936578

Mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis.

– Bernama



Source link