Malaysia Oversight

Dr Zaliha Mustafa dilantik Pengerusi baharu BBC

By MkiniBM in January 22, 2026 – Reading time 1 minute
Dr Zaliha Mustafa dilantik Pengerusi baharu BBC


PARLIMEN l Ahli Parlimen Sekijang Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, dilantik sebagai Pengerusi baharu Kelab Penyokong-Penyokong (BBC).

Pelantikan wakil rakyat dari itu dimaklumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Ramli Mohd Nor, ketika mempengerusikan sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

“Yang Berhormat Sekijang dilantik sebagai Pengerusi BBC. Tahniah. Saya baru dapat pemakluman (berhubung pelantikan Dr Zaliha),” katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu menggantikan Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah, yang kini memegang jawatan Timbalan Menteri Ekonomi.

BBC merupakan organisasi yang terdiri daripada anggota Dewan Rakyat yang tidak termasuk dalam Kabinet, berfungsi mendukung anggota bukan Kabinet dan membantu dalam urusan Parlimen.

– Bernama



Source link