Malaysia Oversight

Donald Trump Dijangka Melanjutkan Lagi Tarikh Penjualan Untuk TikTok – Seperti Beberapa Kali Sebelum Ini

By Amanz in September 15, 2025 – Reading time 1 minute
Donald Trump Dijangka Melanjutkan Lagi Tarikh Penjualan Untuk TikTok – Seperti Beberapa Kali Sebelum Ini



Trump TikTok

Donald Dijangka Melanjutkan Lagi Tarikh Penjualan Untuk TikTok – Seperti Beberapa Kali Sebelum Ini

September 15, 2025
Web 2.0

Aman

Amerika Syarikat sebelum ini telah mengeluarkan arahan kepada pihak ByteDance, iaitu untuk menjual operasi TikTok di Amerika Syarikat atau perkhidmatan berkenaan akan dihalang aksesnya di negara berkenaan. Arahan berkenaan sepatutnya dikuat-kuasa sejak awal tahun ini, tetapi presiden Donald telah melanjutkan tarikh untuk penguatkuasaannya beberapa kali.

Selepas beberapa kali dilanjutkan sebelum ini, tarikh akhir yang ditetapkan untuk TikTok adalah 17 September 2025. Walaupun ia hanya berbaki sekitar dua hari, namun mengikut pelbagai jangkaan ramai, Donald dijangka melanjutkan lagi tarikh berkenaan.

Sebelum ini, Donald Trump telah beberapa kali menyatakan mempunyai pembeli berpotensi untuk TikTok di Amerika Syarikat, namun sehingga kini perkara berkenaan tidak dinyatakan lagi. Sementara itu, pihak ByteDance tidak mengeluarkan sebarang komen, termasuk sama ada terbuka untuk menjualnya atau tidak.

Ia tidak diketahui lagi berapa kali lagi Donald Trump akan melanjutkan tempoh untuk TikTok. Dengan pelanjutan beberapa kali sebelum ini sendiri, ramai melihat perkara ini seperti tidak serius untuk dikuat-kuasakan. Pihak TikTok sendiri sebelum ini dilaporkan telah bersedia dengan membangunkan sebuah aplikasi berasingan untuk pasaran Amerika Syarikat.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link