Malaysia Oversight

DJI Osmo Mobile 8 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM569

By Amanz in November 6, 2025 – Reading time 1 minute
Gimbal DJI Osmo Mobile 8 Dilancarkan Dengan Sokongan Pergerakan 360 Darjah


DJI Osmo Mobile 8 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM569

November 6, 2025
Fotografi

Amy Maizuraa

DJI secara rasmi melancarkan Osmo Mobile 8 di Malaysia. Ia hadir dengan rekaan yang mirip Osmo Mobile 7P namun disertakan penambahbaikan menyeluruh. Antaranya seperti modul penjejakan pelbagai fungsi bersama lampu terbina, sokongan DockKit, pusingan 360 darjah, serta keupayaan menjejak haiwan peliharaan.

DJI Osmo Mobile 8 A

Gimbal ini turut menampilkan klip magnetik yang kukuh, bateri tahan sehingga 10 jam dan tripod terbina untuk rakaman lebih bebas. Ia menyokong telefon pintar sehingga lebar 3.3 inci dan berat 300g, selain boleh digunakan untuk mengecas telefon melalui sambungan USB-C.

DJI Osmo Mobile 8 B

Modul pintar terbina membolehkan penjejakan subjek dalam aplikasi kamera asal mahupun pihak ketiga. Selain itu, ia menyokong kawalan gerakan untuk rakaman, pengambilan gambar dan pelarasan bingkai secara bebas tangan. Ia juga berfungsi sebagai penerima mikrofon DJI sekali gus menjadikannya lebih serba boleh untuk rakaman audio dan video.

Dari segi perisian, Osmo Mobile 8 hadir dengan fungsi dual-lens boost melalui aplikasi DJI Mimo serta mod rakaman pintar seperti time-lapse, hyper-lapse dan panorama. Aplikasi Mimo turut menyokong penyuntingan berasaskan AI dan kawalan gimbal melalui Watch.

Osmo Mobile 8 1

Harga jualan Osmo Mobile 8 di Malaysia ialah RM569 bagi pakej asas yang merangkumi OM Magnetic Phone Clamp 4, modul penjejakan, kabel pengecas dan beberapa aksesori lain. Ia kini tersedia di kedai rasmi DJI, pengedar sah seluruh negara serta platform Shopee.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link