Malaysia Oversight

DJI Mini 5 Pro Dilancarkan Dengan Kamera Sensor 1-Inci

By Amanz in September 18, 2025 – Reading time 1 minute
DJI Mini 5 Pro Dilancarkan Dengan Kamera Sensor 1-Inci


DJI Mini 5 Pro Dilancarkan Dengan Kamera Sensor 1-Inci

September 18, 2025
Dron

Effi Saharudin

DJI Mini 5 Pro dilancarkan dengan ia merupakan dron mini pertama daripada DJI yang dilengkapi kamera dengan sensor 1″. Sensor 50MP 1″ membolehkan rakaman video dalam situasi gelap yang lebih terang serta resolusi lebih baik dengan ia dipadankan dengan lensa 48mm Med-Tele.

DJI Mini 5 Pro A

Rakaman video 4K/60fps HDR turut boleh dilakukan serta mod gerak perlahan 4K/120fps. Gimbal kamera memberikan putaran sehingga 225° serta rakaman stabil dalam mod QuickShot Rotate, Timelapse, Spotlight, dan Waypoint Flight. Sementara mod True Vertical Shooting pula membolehkan rakaman video menegak untuk TikTok, Stories dan Shorts.

DJI Mini 5 Pro B

Bagi memastikan keselamatan ketika operasi, Mini 5 Pro dilengkapi dengan sistem LiDAR, kamera ultra lebar. sensor 3D infra merah untuk mengelak daripada berlanggar ketika terbang. Bateri menawarkan waktu penerbangan sehingga 36 minit yang adalah agak lama untuk dron mini sebesar tapak tangan.

Harga jualan Malaysia belum diumumkan tetap harga jualan di Eropah adalah seperti di bawah.

  • DJI Mini 5 Pro – €799 (~RM 3963)
  • DJI Mini 5 Pro Fly More Combo (DJI RC-N3) – €999 (~RM 4955)
  • DJI Mini 5 Pro Fly More Combo (DJI RC 2) – €1129 (~RM 5600)

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link