DJI secara rasminya melancarkan dua produk baharu di Malaysia hari ini iaitu dron DJI Mini 5 Pro dan kamera aksi DJI Osmo Nano. Kedua-dua produk ini hadir dengan teknologi terkini yang menawarkan prestasi lebih canggih dan pengalaman penggunaan yang dipertingkatkan.

DJI Mini 5 Pro tersedia di Malaysia dengan harga bermula RM3,399 untuk unit dron sahaja. Bagi yang mahukan pakej lebih lengkap, terdapat beberapa pilihan menarik seperti RM4,189 untuk pakej Fly More Combo bersama alat kawalan DJI RC-N3, RM4,599 untuk pakej Fly More Combo dengan alat kawalan DJI RC 2, dan RM4,899 untuk pakej Fly More Combo Plus yang turut dilengkapi alat kawalan DJI RC 2.


Sementara itu, kamera aksi DJI Osmo Nano turut dilancarkan dengan dua pilihan storan iaitu RM1,229 untuk model 65GB dan RM1,409 untuk model 128GB. Kedua-dua produk kini tersedia untuk pembelian di pasaran Malaysia.


DJI Mini 5 Pro ialah dron professional dengan kamera 50MP, sensor 1″ dan lensa Med-Tele 48mm untuk rakaman jelas termasuk dalam cahaya rendah. Ia menyokong rakaman video 4K HDR 60FPS dan gerak perlahan 4K 120FPS.Gimbalnya boleh berpusing sehingga 225° dengan mod rakaman seperti QuickShot, Timelapse, Spotlight, Waypoint Flight dan True Vertical Shooting. Sistem keselamatan turut disediakan yang merangkumi LiDAR, kamera ultra lebar dan sensor inframerah 3D. Bateri digunakan pula boleh bertahan sehingga 36 minit.


DJI Osmo Nano ialah kamera aksi kompak seberat 52 gram yang mampu merakam video 4K pada 120FPS dan kalis air 10 meter. Ia dilengkapi sensor 1/1.3″ CMOS dan lensa sudut lebar 143° serta menyokong rakaman 10-bit, D-Log M, Rock Steady 3.0, Horizon Balancing dan mod rakaman menegak untuk kandungan media sosial.



Kamera ini tersedia dalam pilihan storan 64GB atau 128GB dan boleh ditambah sehingga 1TB melalui kad microSD. Baterinya bertahan sehingga 90 minit atau sehingga 200 minit dengan dermaga tambahan berkapasiti 1300mAh. Dermaga seberat 72 gram tersebut turut dilengkapi skrin LCD 1.96-inci, menyokong kawalan jauh dan penghantaran fail secara nirwayar. DJI turut menyediakan aksesori cagak topi dan klip baju untuk rakaman aksi yang lebih bebas.






