Malaysia Oversight

Dituduh terlibat sindiket dadah global, Trump sekat Presiden Colombia

By Utusan in October 25, 2025 – Reading time 2 minute
Dituduh terlibat sindiket dadah global, Trump sekat Presiden Colombia


WASHINGTON: Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengumumkan sekatan terhadap Presiden Colombia, Gustavo Petro dan menuduh beliau memainkan ‘peranan dalam perdagangan dadah haram global’.

Turut dikenakan sekatan ialah isteri dan anak Petro serta Menteri Dalam Negeri Colombia.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, berkata sejak Petro memegang kuasa, pengeluaran kokain di Colombia meningkat kepada tahap tertinggi dalam beberapa dekad, membanjiri pasaran negara ini dan membahayakan rakyat.

Petro yang sebelum ini menafikan tuduhan itu segera memberi respons melalui X, berkata beliau sudah mendapatkan peguam AS untuk mencabar sekatan tersebut.

“Memerangi pengedaran dadah selama beberapa dekad dan melakukannya dengan berkesan membawa saya kepada tindakan ini daripada masyarakat yang kami bantu untuk mengurangkan penggunaan kokain.

“Satu paradoks, tetapi kami tidak akan mundur dan tidak akan berlutut,” katanya.

Ketegangan antara Petro dan Presiden AS Donald semakin memuncak sejak beberapa bulan lalu, terutamanya selepas AS meningkatkan aktiviti ketenteraan di Caribbean selatan.

Petro mengkritik serangan ketenteraan AS terhadap kapal-kapal dadah, menuduh AS sebagai “pembunuh” dan mendakwa beberapa kapal membawa rakyat Colombia yang tidak bersalah.

Setiausaha kanan Kumpulan Krisis Antarabangsa, Elizabeth Dickinson, menyifatkan sekatan ke atas Petro sebagai “personaliti krisis dua hala,” sambil menegaskan hubungan ketenteraan dan keselamatan antara AS dan Colombia masih kukuh.

Sekatan ini diumumkan beberapa hari selepas menghentikan “semua pembayaran” kepada Colombia, mendakwa Petro gagal menghentikan pengeluaran dadah di negaranya. Jabatan Negara AS juga membatalkan visa Petro selepas Persidangan Agung PBB bulan lalu.





Source link