Malaysia Oversight

Ditendang GRS, SAPP tunggu mesyuarat sebelum bagi reaksi

By MkiniBM in October 2, 2025 – Reading time 2 minute
Ditendang GRS, SAPP tunggu mesyuarat sebelum bagi reaksi


Parti Maju Sabah (SAPP) akan merujuk kepada kepimpinan tertingginya sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penyingkiran parti itu daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

GRS sebelum ini mengumumkan keahlian SAPP terbatal secara automatik selepas parti tersebut menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang menggunakan logo sendiri.

SAPP diketuai bekas ketua menteri Yong Teck Lee, salah seorang pengasas GRS bersama Parti Solidariti Tanah Airku (Star).

Ketika dihubungi Malaysiakini, Yong berkata dia akan menunggu keputusan kolektif parti sebelum membuat sebarang kenyataan terbuka.

e59cb3e29ef537bbdeccda7c4518376a

“Saya ingin merujuk kepada rakan-rakan parti saya sebelum mengeluarkan kenyataan esok.

“Secara kebetulan, majlis tertinggi SAPP mempunyai mesyuarat yang dijadualkan pada hari Sabtu ini,” katanya malam ini.

GRS bergolak

Tindakan terhadap SAPP dibuat selepas Presiden Star, Jeffrey Kitingan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah I mengesahkan hasratnya meninggalkan GRS sekiranya gabungan itu menyerahkan terlalu banyak kerusi kepada Pakatan Harapan (PH).

e3a9ee0a833c201ac769513e25a463a4

GRS gabungan parti pemerintah di Sabah sejak menumbangkan negeri pimpinan Warisan pada 2020. Namun, keretakan dalam gabungan itu semakin jelas sejak beberapa minggu lalu apabila parti-parti tempatan seperti Star menuduh GRS terlalu tunduk kepada sekutu persekutuan menjelang PRN.

Terdahulu, Setiausaha Agung GRS Masidi Manjun mengumumkan Star dan SAPP tidak lagi bertanding bersama gabungan itu.

Kitingan pula mengesahkan pengunduran partinya daripada GRS menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Malaysiakini.

Masidi (gambar bawah) menjelaskan keputusan itu dibuat susulan tindakan kedua-dua parti berkenaan untuk bertanding menggunakan simbol sendiri kerana tidak berpuas hati dengan isu agihan kerusi.

19f6cc4a4f9f9e03c19af94fb8c7762b

Dia berkata selepas “perbincangan terbuka dan ikhlas” selama hampir dua jam semalam, mesyuarat majlis presiden GRS memutuskan bahawa mana-mana parti komponen yang memilih meletakkan calon di bawah simbol sendiri dianggap telah keluar daripada GRS.

Sehubungan itu, Masidi berkata calon daripada parti-parti terbabit tidak lagi akan mewakili GRS dalam PRN Sabah.



Source link