Disney Melabur $1 Bilion Pada OpenAI – Melesenkan Watak Untuk Digunakan Pada Sora
Aman
Disney hari ini membuat kejutan, dan mengumumkan akan melabur sebanyak $1 bilion pada OpenAI. Tidak setakat itu, Disney turut mengatakan akan membenarkan dan melesenkan watak-watak dibawah mereka untuk digunakan oleh perkhidmatan penjanaan video, Sora milik OpenAI.
Dengan langkah ini, para pengguna Sora dijangka akan boleh menjana imej dan video menggunakan watak-watak Disney bermula 2026 kelak – termasuk watak Star Wars, Marvel dan Pixar.

Tidak setakat itu, Disney turut akan menggunakan teknologi dan kepakaran OpenAI dalam membangunkan produk baharu mereka, termasuk menambah-baik pengalaman pengguna. Disney sebelum ini turut telah menyatakan hasrat untuk mengintegrasikan sokongan penjanaan pada perkhidmatan penstriman Disney+, dan langkah ini turut akan dijayakan melalui kerjasama dan pelaburan ini.
Dengan langkah ini, sama-sama kita nantikan sama ada Disney melakukan perkara yang tepat, atau ia akan memberikan impak terhadap jenama dan kandungan yang dihasilkan dibawah mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






