Malaysia Oversight

Disney Dan Universal Menyaman Midjourney Atas Pelanggaran Hak Cipta

By Amanz in June 12, 2025 – Reading time 1 minute


Kecerdasan Buatan

Disney Dan Universal Menyaman Midjourney Atas Pelanggaran Hak Cipta

June 11, 2025

Aman

Disney dan Universal kini bersatu tenaga dan telah memfailkan saman ke atas penjana imej berasaskan kecerdasan buatan, Midjourney. Saman difailkan disebabkan oleh Midjourney melanggar hak cipta, dan pada masa yang sama tidak mengendahkan permintaan untuk menghentikannya.

Saman berkenaan turut menyatakan Midjourney telah menggunakan dan mengedarkan watak-watak daripada siri seperti Star Wars, Simpsons dan lain-lain melalui penjanaan berasaskan kecerdasan buatan. Midjourney juga dikatakan telah melanggar hak cipta.

Saman telah difailkan di Amerika Syarikat. Ia tidak diketahui lagi bilakah perbicaraan melibatkan perkara ini akan berlangsung.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link