Diskaun Tol 50% Diberikan Pada 23 Dan 24 Disember 2025
Amy Maizuraa
Pengguna lebuh raya kelak berpeluang menikmati perjalanan yang lebih menjimatkan sempena musim perayaan hujung tahun ini. Sepanjang dua hari iaitu pada 23 dan 24 Disember 2025, kadar tol akan diberikan potongan sebanyak 50% daripada kadar biasa.

Kemudahan ini disediakan kepada semua kenderaan Kelas 1, manakala di Jambatan Pulau Pinang ia turut diperluas kepada kenderaan Kelas 2. Hampir keseluruhan plaza tol di seluruh Malaysia terlibat kecuali dua pintu masuk sempadan iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Langkah ini dilihat menyediakan kemudahan kepada orang ramai dan membolehkan mereka menikmati perjalanan yang lebih lancar sama ada ketika pulang bercuti atau berkunjung ke destinasi pilihan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






