Malaysia Oversight

Didaftar Islam tanpa izin – Wanita Sabah lapor polis

By MkiniBM in May 20, 2025 – Reading time 3 minute
malaysiakini logo


Seorang wanita Kristian dari Sabah membuat laporan polis pada Ahad lalu selepas mendapati dirinya didaftarkan sebagai beragama tanpa pengetahuan atau persetujuan – sekali gus menimbulkan kebimbangan wujudnya sindiket penukaran agama, lapor Daily Express.

Marni Pengeran, 38, mendakwa dia tidak pernah memohon untuk memeluk dan hanya menyedari status agamanya dalam pangkalan data pihak berkuasa agama menunjukkan dia beragama sejak 2009.

“Saya tak pernah menandatangani apa-apa borang atau memberi persetujuan, malah saya juga tidak pernah melafazkan syahadah.

“Saya hanya menyedari hal ini apabila suami saya menyemak senarai pemeluk Islam di daerah kami yang disediakan oleh seorang pegawai agama tempatan.

“Tahun saya dikatakan masuk Islam, saya bekerja di Nabawan. Mereka gunakan gambar saya memakai tudung. Saya langsung tiada sebarang interaksi dengan pihak berkuasa agama,” katanya seperti dipetik Daily Express.

Isu ini dilaporkan mula timbul pada awal tahun ini apabila nama Marni tersenarai dalam program untuk mualaf di Nabawan.

Walaupun dokumen pengenalannya menyatakan dia beragama Kristian, rekod Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah menunjukkan sebaliknya.

Ibu kepada empat anak berusia antara enam hingga 13 tahun itu berkata situasi ini sangat memberi tekanan kepada keluarganya.

“Anak-anak saya beragama Kristian. Rekod palsu ini mengancam perpaduan dan masa depan keluarga saya,” katanya.

‘Cap jari orang lain’

Peguam Marni, Sazalye Donol Abdullah berkata proses penukaran agama tersebut tidak sah dari segi undang-undang.

“Satu penukaran agama yang sah perlu melibatkan pengisytiharan jelas dan sukarela, termasuk satu akuan bersumpah. Tiada satu pun daripada perkara ini dibuat.

“Malah, cap jari dalam dokumen rasmi itu tidak sepadan dengan cap jari Marni. Polis perlu menyiasat individu yang dinamakan dalam dokumen berkenaan, termasuk seorang pegawai agama dan dua orang saksi.

“Kami mengesyaki ini mungkin sebahagian daripada sindiket yang lebih besar yang memalsukan rekod penukaran agama di kawasan pedalaman,” katanya.

Menurutnya, kes ini akan diteruskan sebagai siasatan jenayah berkaitan pemalsuan dokumen serta sebagai isu sivil yang memerlukan tindakan lanjut di Mahkamah Syariah untuk mengesahkan status agama Marni.

“Buat masa ini, MyKad beliau masih tertera agama Kristian, tetapi rekod dalaman jabatan agama menyatakan sebaliknya – dan ini boleh menjejaskan kedudukan undang-undang beliau pada masa hadapan,” jelas Sazalye.

Keluarga Marni juga mendapati mendiang ibu saudaranya – yang dikebumikan mengikut upacara Kristian – turut disenaraikan sebagai beragama Islam dalam rekod .

Abang ipar Marni, Raymond Ahuar berkata perkara ini menimbulkan kebimbangan terhadap salah representasi selepas kematian dan kecuaian pentadbiran.

Misteri tukar agama

Terdapat juga kaitan politik dalam dakwaan penukaran agama ini.

Daily Express melaporkan Sangkar Rasam @ Sharudin direkodkan sebagai saksi kedua dalam dokumen penukaran agama Marni.

Sangkar suami kepada Rufinah Pangeran, yang dilaporkan telah menggantikan Raymond sebagai ketua Cabang Pensiangan pada April lalu.

Sazalye merupakan bekas ketua Cabang Kota Marudu dan kini setiausaha Sabah manakala Sangkar ahli Majlis Pimpinan Negeri parti itu dan Raymond pula naib pengerusinya.

Bagaimanapun, Raymond menegaskan isu ini tidak harus dipolitikkan.

“Kita mesti menegakkan keadilan, walaupun melibatkan ahli keluarga atau tokoh politik. Ini isu hak asasi manusia dan kepercayaan agama,” katanya.

[Baca berita asal]



Source link