Malaysia Oversight

Dewan Ulama PAS bidas Madani remehkan kemungkaran

By MkiniBM in January 14, 2026 – Reading time 2 minute
Dewan Ulama PAS bidas Madani remehkan kemungkaran


Dewan Ulama Pusat (DUPP) mengkritik Madani kerana didakwa memperkecilkan isu penganjuran program bertema “Glamping with Pride”, sambil memberi amaran bahawa pendekatan itu membuka ruang normalisasi perkara yang bercanggah dengan nilai .

Ketua Penerangannya, Mohd Nor Hamzah, menyasarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan yang menyifatkan isu tersebut sebagai kecil dan menggesa masyarakat memberi tumpuan kepada perkara lain yang dianggap lebih membina.

624d35782bdf6e09070183f664f0d579

Menurut DUPP, dalam neraca tidak wujud konsep “kemungkaran kecil” apabila sesuatu perbuatan melibatkan usaha mencabar fitrah, syarak dan akhlak awam.

“Sesuatu kemungkaran hanya kelihatan kecil kepada mereka yang memilih untuk memperkecilkan dosa dan mengendurkan kewajipan amar makruf nahi mungkar.

“Dalam kerangka , pembinaan negara tidak bermula dengan struktur dan ekonomi semata-mata, tetapi bermula dengan nilai, adab dan disiplin moral masyarakat.

“Oleh itu, perkara yang menyentuh sensitiviti agama dan akhlak awam tidak wajar dianggap remeh, walaupun ia kelihatan kecil pada pandangan sesetengah pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkifli ketika diminta mengulas isu itu Isnin lalu dilaporkan berkata rakyat seharusnya memfokuskan kepada benda yang lebih membina, dan konsktruktif daripada perkara-perkara kecil yang sering kali menjadi halangan untuk maju ke hadapan.

08425f3b0ea5644badf99200d4a01701

Mengulas lanjut, Mohd Nor, berkata Madani tidak seharusnya berlindung di sebalik naratif pembangunan dan kemajuan untuk meredam kebimbangan masyarakat beragama terhadap isu moral.

Dia menegaskan, pembangunan negara menurut Islam bermula dengan pemeliharaan nilai dan disiplin masyarakat, bukan sekadar pertumbuhan ekonomi atau imej progresif di atas kertas.

DUPP turut mengingatkan bahawa menteri agama mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk bertindak melalui dasar dan penguatkuasaan, bukannya sekadar memantau atau mengecilkan isu yang mencetuskan kegusaran awam.

“Pendekatan sedemikian mencerminkan kesungguhan mengambil serius ancaman kerosakan moral demi memelihara agama, menjaga maruah masyarakat dan melindungi negara.

“DUPP menegaskan bahawa memerangi kemungkaran bukan penghalang kemajuan, bahkan asas kepada keberkatan dan kesejahteraan negara,” katanya.

Semalam, NGO pro-LGBTQ, Jejaka membatalkan program “Glamping With Pride”, yang pada mulanya dijadualkan pada hujung minggu ini.

Jejaka berkata program itu dibatalkan atas faktor ancaman keselamatan, termasuk ugutan bunuh dan keganasan melalui media sosial.

NGO itu menegaskan program berkenaan bukan dibatalkan bukan kerana ia menyalahi undang-undang, tetapi kerana keadaan semasa yang memburuk sehingga “menjadikan nyawa sebagai taruhan keselamatan”.



Source link