Dewan Rakyat fokus pada langkah punitif terhadap Israel dan peruntukan sekolah agama 2025, termasuk rang undang-undang pembangunan kemahiran
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan langkah punitif terhadap Israel dan peruntukan kepada sekolah agama bagi tahun 2025 menjadi fokus utama persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) meminta Menteri Luar menyatakan langkah konkrit susulan gesaan Malaysia pada Sidang Kemuncak Arab-Islam di Qatar.
Beliau bertanya sama ada gesaan itu merangkumi hubungan tidak langsung melalui rantaian bekalan teknologi, perdagangan pihak ketiga atau kerjasama keselamatan siber.
Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri berhubung jumlah bantuan disalurkan kepada sekolah agama rakyat tahun ini.
Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) meminta program ekonomi baharu untuk anak muda Sabah dalam ekonomi digital, usahawan tani dan perikanan moden.
Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) membangkitkan soalan tahap keterjaminan makanan negara sekiranya berlaku sekatan import makanan.
Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) bertanya mengenai dasar terhadap perkembangan pesat e-sukan sebagai sumber ekonomi negara.
Rang Undang-Undang Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025 dan Rang Undang-Undang Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025 dijadual dibentang bagi bacaan kali pertama.
Mesyuarat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 pada peringkat jawatankuasa bagi kementerian terlibat.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember. – Bernama
Post Views: 1






