Malaysia Oversight

Devialet Phantom Ultimate Kini Dijual Di Malaysia Dengan Harga Mencecah RM20,990

By Amanz in October 1, 2025 – Reading time 2 minute
Devialet Phantom Ultimate Kini Dijual Di Malaysia Dengan Harga Mencecah RM20,990


Beberapa minggu lalu, kami ada melaporkan bahawa jenama audio terkemuka dari Perancis, Devialet telah mengumumkan pembesar suara terbaru mereka, iaitu Devialet Phantom Ultimate.

image

Pembesar suara ini merupakan penaiktarafan kepada pembesar suara Devialet Phantom sebelum ini, yang hadir dengan rekaan serba unik dan juga kualiti audio kelas premium yang tersendiri. Devialet hari ini mengumumkan bahawa pembesar suara ini sudah mula dijual di pasaran tempatan.

Devialet Phantom Ultimate kini merumahkan sejumlah teknologi audio baru seperti Analog Digital Hybrid (ADH) iaitu sebuah amplifier yang menggabungkan penggunaan amplifikasi Class A dan Class D untuk menghasilkan bunyi yang lebih jitu pada kadar penggunaan tenaga elektrik yang lebih cekap.

image 1

Speaker Active Matching dan Adaptive Volume Level juga akan mengubahsuai kualiti dan kelantangan audio bergantung kepada genre lagu yang dimainkan dan juga kelantangan audio, dan ini dilihat membantu memastikan pembesar suara ini boleh bertahan lama dan kekal menghasilkan output audio yang terbaik. Satu teknologi baru yang diperkenalkan ialah Heart Bass Implosion yang membolehkan pembesar suara ini untuk menghasilkan audio bass dengan frekuensi serendah 14Hz.

image 67

Sama seperti model-model Devialet Phantom sebelum ini, ia hadir dengan model yang boleh menghasilkan audio dengan angka kelantangan 98dB ataupun 108dB dan menyokong sambungan nirwayar AirPlay, Google Cast dan Roon Ready. Dari segi sambungan asas, pembesar suara ini menyokong sambungan Bluetooth 5.3 dan WiFi 6, dan menyokong konfigurasi pembesar suara tunggal, stereo dan multi-bilik.

image 3

Menurut Devialet, Devialet Phantom Ultimate kini sudah mula dijual di pasaran Malaysia dalam konfigurasi 98 dB dan 108 dB dalam pilihan warna Light Pearl dan Deep Forest pada harga berikut melalui pengedar rasmi Devialet di Malaysia, iaitu Audaura:

  • Devialet Phantom Ultimate 108 dB – RM17,999
  • Devialet Phantom Ultimate 108 dB Opera de Paris – RM20,999



Source link