Malaysia Oversight

Devialet Phantom Ultimate Hadir Untuk Mereka Dengan Citarasa Audio Bangsawan

By Amanz in September 18, 2025 – Reading time 2 minute
Devialet Phantom Ultimate Hadir Untuk Mereka Dengan Citarasa Audio Bangsawan


Devialet Phantom Ultimate Hadir Untuk Mereka Dengan Citarasa Audio Bangsawan

September 18, 2025
Audio

Nazrin

Pembesar suara padat kelas bangsawan Devialet Phantom baru-baru ini telah menerima kemaskini baru yang membolehkannya menghasilkan audio yang bukan sahaja lebih kuat, tetapi juga bunyi bass yang lebih mendalam.

Dinamakan Devialet Phantom Ultimate, pembesar suara ini memperlihatkan rekaan yang hampir sama seperti Devialet Phantom sebelum ini, tetapi dengan beberapa perubahan yang memberikannya rupa yang lebih moden.

image 66

Devialet Phantom Ultimate juga kini merumahkan sejumlah teknologi audio baru seperti Analog Digital Hybrid (ADH) iaitu sebuah amplifier yang menggabungkan penggunaan amplifikasi Class A dan Class D untuk menghasilkan bunyi yang lebih jitu pada kadar penggunaan tenaga elektrik yang lebih cekap.

Speaker Active Matching dan Adaptive Volume Level juga akan mengubahsuai kualiti dan kelantangan audio bergantung kepada genre lagu yang dimainkan dan juga kelantangan audio, dan ini dilihat membantu memastikan pembesar suara ini boleh bertahan lama dan kekal menghasilkan output audio yang terbaik. Satu teknologi baru yang diperkenalkan ialah Heart Bass Implosion yang membolehkan pembesar suara ini untuk menghasilkan audio bass dengan frekuensi serendah 14Hz.

image 67

Sama seperti model-model Devialet Phantom sebelum ini, ia hadir dengan model yang boleh menghasilkan audio dengan angka kelantangan 98dB ataupun 108dB dan menyokong sambungan nirwayar AirPlay, Google Cast dan Roon Ready. Dari segi sambungan asas, pembesar suara ini menyokong sambungan Bluetooth 5.3 dan WiFi 6, dan menyokong konfigurasi pembesar suara tunggal, stereo dan multi-bilik.

Devialet Phantom Ultimate hadir dalam pilihan warna Deep Forest dan Light Pearl dan dihasilkan di kilang La Manufacture Devialet di Perancis. Model 108dB dijual pada harga $3800 manakala model 98dB dijual pada harga $1900 dan dijual di pasaran-pasaran terpilih buat masa ini.

Devialet

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link