Malaysia Oversight

Dengan bantuan S’pura, Malaysia dapat semula RM39 juta daripada Jho Low

By MkiniBM in September 10, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Malaysia bersama-sama Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura telah berjaya mendapatkan semula aset bernilai AS$8.57 juta (RM39.1 juta) yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low serta keluarganya.

SPRM berkata dana tersebut telah dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Pemulihan Aset 1MDB, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan aset berkaitan skandal itu yang berjaya dipulangkan kepada Malaysia kepada RM31.19 bilion.

“Pemulihan aset in yang berjumlah AS$8.57 juta (RM39.1 juta) adalah hasil daripada usaha penyelesaian global pelucuthakan sivil ke atas Jho Low yang dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat. 

“Selain itu, akaun-akaun lain milik ahli keluarga Jho Low juga dijadualkan untuk dipulangkan dalam masa terdekat,” kata SPRM dalam kenyataan hari ini.

[Berita lanjut menyusul]



Source link